Monday, 16 May 2016

"Hiking" Gunung Baling. ^_^

Pandangan gunung baling dari bawah

BALING - Gunung Baling sememangnya terkenal bukan sahaja di daerah ini, tetapi seluruh Malaysia. Gunung setinggi kira-kira 450 meter ini sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan aktiviti lasak antaranya pendakian mahupun perkhemahan.

Air sungai yang mengalir di bawah kaki gunung dan pemandangan indah flora dan fauna di sekelilingnya pasti memberikan kedamaian kepada sesiapa yang menjejakkan kaki ke daerah ini.
Saya yakin, ramai manusia dalam Malaysia ni yang tak tahu dan tak pernah dengar pun pasal Gunung Baling. Baling merupakan sebuah daerah yang terpencil terletak di Selatan Kedah bersebelahan Thailand, Kelantan dan Perak. Kalau anda pernah dengar cerita pasal Raja Bersiong,
haaa... cerita tersebut ada kaitan dengan Baling. Kononnya pada masa tu ada seorang Raja yang gian dengan darah. Lepastu satu hari dia stress sangat dengan perangai buruk dia, dia pun cabut gigi siong dia dan baling ke dalam hutan. Maka bermula la asal usul nama Baling dan tempat siong itu jatuh dinamakan Siong. Katanyaaaa!!! Namun demikian ada jugak cerita lain berkaitan dengan asal usul Baling ni. Kalau anda nak tahu, dekat baling terdapat banyak bukit bukau dan terdapat satu bukit batu kapur yang bergua didiami oleh kera. Disebabkan kawasan tersebut ramai diduduki oleh orang Siam, maka orang Siam namakan tempat tersebut sebagai "Kampung Kera" atau dalam bahasa Siamnya "Ban Ling"... Last-last, lekatlah nama Baling. Ini merupakan cerita yang saya dengar dari orang kampung berkaitan asal usul. Kalau anda memang penghafal buku sejarah, saya pasti anda biasa mendengar nama Baling yang dikaitkan dengan rundingan Baling diantara Tunku Abdul Rahman dengan Komunis terkenal.. Chin Peng. 


Gunung baling sememangnya menjadi tumpuan pada musim cuti sekolah



Berbalik kepada kisah Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung. Sebab itu bila saya bercerita tentang Gunung Baling dekat kawan-kawan, reaksi semua orang, "pehhhh, ada gunung ke kat Baling?". Itu reaksi orang Kedah sendiri. Jadi saya maafkan kalau anda yang bukan bersal dari Kedah pun tak tahu kewujudan Gunung Baling... By the way, ketinggian sebenar Gunung Baling lebih kurang 420 meter sahaja. Ia merupakan sejenis gua batu kapur yang dihuni oleh kelawar dan kera. Sekiranya anda berniat untuk mendaki Gunung Baling, saya cadangkan anda memakai glove untuk melindungi jari jemari halus anda terluka sebab anda akan banyak menggunakan tangan untuk memanjat batu-batu tersebut. Untuk naik ke atas mengambil masa 2 jam termasuk masa berhenti untuk selfie, minum air dan makan nasi lemak. Turun pula lebih kurang 30 minit kalau anda hanya menggelongsor atas daun-daun atau berlari turun (tu tektik yang kami gunakan... don't try this at home kalau tak yakin.. Bahaya).






Pemandangan daripada atas memang cantik

No comments:

Post a Comment