|
Temubual Bersama makcik aini |
The True Story Of Cancer Payudara Stage 3
Jumaat
1 April 2016 kami 3 orang sekumpulan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Bimbingan Kaunseling UPSI jumpa salah seorang pesakit cancer untuk tugasan,
makcik aini memang seorang yang sangat peramah, berada di rumah makcik aini dia
layan macam anak.
sebenarnya mak cik aini bekas pejuang cancer payudara tahap 3. mak cik aini
cakap tiada siapa nak sakit dan tidak diduga tambah2 sakit cancer. Sakit yang
datang tidak pernah minta kebenaran kepada
kita untuk menyerang kita. Mak cik Aini sendiri tidak pernah sangka yang dia akan diuji dengan
sakit cancer tahap 3 hampir ke tahap 4.
Klien
ini didiagnos kanser payudara pada tahun 1999. Klien mendedahkan kepada kami
bahawa kanser ini mempunyai dua jenis atau bentuk iaitu highway dan jalan
kampung. Kali pertama dengar kami rasa agak pelik dan tergamam seketika.
Selepas diterangkan Highwayi ni maksudnyer bila diagnos kanser dah terus kt
stage 3@4 sebab sgt laju merebak,dlm mase singkat boleh dr stage 1 terus ke 4
terus.. jadi, kalau hari ni doktor
diagnos tahap 1,dan temujanji seterusnya
6 bulan kemudian,boleh jadi dah merebak ke tahap 4 dan keadaan ini
sangat merbahaya, jalan kampung ini
maksudnya kanser merebak secara perlahan mungkin kita sedar ketika tahap
pertamadan secara perlahan ke tahap 2 dan
seterusnya,
Mak
cik aini didiagnos kanser selepas 6 bulan kematian suami, pada ketika itu umur
makcik aini 42 tahun,simptom sebelum disahkan cancer payudara,mak cik aini
kerap sakit belakang terutamanya waktu malam atau sejuk, bila didiagnos dan selalu sakit,mak
cik aini terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jumpa doktor untuk
jalankan pemeriksaan, keputusan nya adalah kanser tahap 3 hampir ke 4. Makcik
Aini perlu menjalani pembedahan segera dan kos rawatan yang tinggi,makcik aini
memang tidak menyangka yang akan diuji dugaan yang berat memandangkan baru
sahaja kehilangan suami sitimpa strok.
pada ketika itu, tanggapan negatif drpd orang sekeliling, saudara mara yang dekat pun jauhkan diri sebab takut terkena tempias tempat untuk minta bantuan, makcik aini terus berbincang dengan doktor untuk jalanipembedahan keesokan harinya, jumlah rawatan pada ketika itu RM18,000 .
Tapi alhamdulillah tiada masalah untuk RM18,000 walaupun pada masa itu ramai yang menjauhkan diri. Makcik Aini kuat dan rasa sangat kerana lega kewangan bukan masalah kerana pada tahun 1997 makcik aini mencarum bersama Prudential,dan pampasan sakit kritikal yang makcik aini dpt adalah RM22,600. Genap 2 tahun makcik aini mencarum bersama Prudential dan disahkan kanser payudara tahap 3 hampir ke stage 4.Segala kos cancer rawatan berjumlah RM18,000 ditanggung oleh Prudential..makcik aini terpaksa buang payudara sebelah kanan sebab risau akan merebak ke sebelah kiri,doktor mengesahkan kalau lewat sikit,mmg terpaksa buang kedua duanya.
Antara nasihat mak cik aini utk cegah drpd cancer :
Pastikan makanan yang dimakan perlu dibasuhh sebersih bersihnya terutama seafood(sotong bila dicuci kena teliti dibahagian bontot sebab dalam tu terdapat pasir, kena buang semua sama jugak udang kena buang semua kulit dan kaki)
Jangan makan dan minum dalam bekas plastik.
Instant food pun sama ,elakkan terlalu banyak ambil makanan segera.kalau boleh jangan ambil langsung
Basuh segala pinggan mangkuk gelas cawan sudu garfu tak kisah apa sekalipun sebelum makan.